Tuesday, August 19, 2008

Yayasan Pembangunan NurHikmah

Asalamualaikum wbt,

Sepanjang bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba rumah-rumah anak-anak yatim akan dihujani oleh jemputan berbuka puasa oleh banyak pihak termasuklah jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan badan-badan sukarela. Selalunya majlis-majlis tersebut akan diadakan dihotel atau restoran ternama.

Bagi rumah-rumah anak-anak yatim tersebut kehadiran mereka ke jemputan-jemputan tersebut amatlah penting. Ini memandangkan pihak-pihak yang menjemput akan menghulurkan berbagai bentuk sumbangan pada majlis-majlis tersebut.


Pihak yayasan mengambil pendirian bahawa jemputan tersebut adalah tidak wajar diganggu oleh pihak-pihak yang ingin mengadakan majlis dirumah-rumah anak-anak yatim tersebut. Seperti tahun-tahun yang lepas, pihak yayasan tidak bercadang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dirumah-rumah berkenaan. Ini adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim tersebut mengambil peluang di bulan Ramadhan ini bagi menikmati juadah yang istimewa di hotel-hotel dan restoran-restoran ternama disamping berpeluang menerima sumbangan secara terus. Jika sekiranya terdapat hari-hari dimana tiada jemputan diterima, maka pihak yayasan akan menyediakan peruntukan bagi mereka berbuka puasa sesama mereka. Masa tersebut juga boleh digunakan oleh mereka untuk berehat disamping mempertingkatkan ibadah dimalam bulan Ramadhan.


Rumah / Asarama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah adalah seperti berikut :

1. Rumah Jagaan Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
2. Rumah Jagaan Darul Qana'ah, Gombak
3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur
4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang
5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak
6. Anak-anak Yatim Flat Sri Sabah, Cheras, KL




Pihak yayasan mengalu-alukan jemputan / undangan untuk berbuka puasa untuk anak-anak yatim, miskin dan terbiar melalui kami. Anda boleh menghubungi kami di talian 03-8733 2411 bagi penentuan tarikh. Ini adalah penting bagi memudahkan pihak yayasan menyusun jadual agar tidak bertindih.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.

Kami Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.